Wednesday, April 12, 2006

Sejarah Sekolah

Ø1936
dibina di atas tanah kepunyaan Tuan Hj Ibrahim bin Badak di lot 353 Mukim Jeram Batu dengan nama Sekolah Melayu Kampong Jeram Batu, seluas 1 ekar 1rod dan 20 pol oleh En. Sidek bin Maarof, En. Ahmad bin Ali dan En. Kamat bin Arif.
Ø1945-1946
sekolah ditutup akibat perang dunia kedua.
Ø1946-1950
sebuah bangunan lain beratapkan nipah dibina dan digunakan, ¼ batu dari tapak asal di atas tanah En.Chek b. Abd. Rahman.
Ø1951-1953
Bangunan baru beratapkan nipah dibina dan digunakan di tapak asal.
Ø1953
Sebuah bangunan baru dibina kerajaan, mengandungi 3 bilik.
Ø3.1.1954
Bangunan mula digunakan dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pontian ketika itu iaitu, En Karim bin Hitam.

Carta Organisasi

Matlamat sekolah

1.Membentuk Budaya Penyayang di kalangan warga sekolah:
1.1 Sayangkan Tuhan
1.2 Sayangkan Negara
1.3 Sayangkan keluarga dan guru
1.4 Sayangkan diri dan rakan
1.4 Sayangkan sekolah dan alam
2. Melahirkan warga sekolah yang berbudaya ilmu ke arah kecemerlangan.
3. Mewujudkan suasana sejahtera bagi penerimaan proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Menjalin silaturrahim yang erat antara warga sekolah dan masyarakat tempatan.

Visi dan Misi

Ke arah Kemajuan Cemerlang Dan Sejahtera Menjelang 2008


Memberikan pendidikan berkualiti melalui Pengajaran dan Pembelajaran dan aktiviti kokurikulum serta peruntukan sahsiah terpuji berbantukan pengurusan dan pentadbiran serta hubungan komuniti yang baik.

Gambar Sekolah




Tuesday, April 11, 2006

Panorama sekolah